Kebiasaannya,antara faktor utama adalah
kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa remaja itu sendiri. Institusi
keluarga juga semakin rapuh pada masa ini disebabkan ibu bapa yang semakin
sibuk mencari kekayaan. Disebabkan kesibukan itu juga menyebabkan ibu bapa
tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai
kerohanian. Ini menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan ilmu
agama yang dapat membentengi mereka daripada pengaruh negatif.
sumber:google
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga adalah faktor utama kerana
remaja lebih merasa selesa apabila berada bersama mereka. Apabila anak-anak
meningkat remaja, hubungan dengan ibu bapa semakain renggang sebaliknya
anak-anak lebih rapat dengan rakan sebayanya. Hubungan yang rapat ini
menyebabkan sesetengah anak mudah meniru perlakuan negatif yang dilakukan oleh
rakannya.Contohnya seperti budaya melepak,menghisap rokok,menghidu
gam,mengambil dadah dan sebagainya.
sumber:google
Selain itu, gejala sosial terus meningkat kerana banyaknya tekanan yang
dihadapi oleh remaja pada masa ini. Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa
yang tinggi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Apabila mereka gagal mencapai tahap yang diharap, mereka sering
dipersalahkan. Remaja terlibat dengan masalah ini pasti akan cuba untuk
melepaskan tekanan tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
berhibur di kelab malam,melepak sehingga ke lewat malam ,hisap rokok dan
sebagainya.Mereka merasakan sangat puas apabila melakukan aktviti-aktiviti
tersebut.Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang membawa diri mereka kepada kehancuran
yang nyata.
sumber:google
Akhir sekali, gejala sosial
meningkat kerana pengaruh media massa itu sendiri. Sejajar dengan konsep
globalisasi, banyak hiburan khususnya dari barat menerjah masuk ke negara kita.
Remaja tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung itu mudah
terpengaruh oleh paparan hiburan di media massa yang menampilkan pergaulan
bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam serta penagihan dadah.Tambahan
pula,ketika zaman remajalah semangat inkuiri dalam diri seseorang itu terus meningkat.Mereka
akan cuba menkaji dengan lebih mendalam jika mereka inginkan sesuatu.Tetapi
malangnya,ramai remaja tersilap dalam penggunaan internet zaman kini dengan
hanya mencari perkara-perkara yang tidak mempunyai faedah langsung dalam diri
mereka.
sumber:google
No comments:
Post a Comment