Merujuk kepada masalah kurangnya kasih
sayang dari ibu bapa, ibu bapa mestilah lebih prihatin terhadap kegiatan masa
lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting supaya anak-anak tidak
terperangkap dalam gejala ini yang dipasang oleh sindiket-sindiket yang
berkepentingan kerana sindiket ini merekrut anak-anak yang datang daripada
keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan gengsterisme. Ibu bapa
haruslah menutup ruang ini serapat-rapatnya agar sindiket tersebut tidak
mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.
sumber:google
Mengenai masalah media massa yang disalahgunakan.Pihak kerajaan haruslah
menyekat semua laman web-laman web yang tidak berfaedah seperti laman web pornografi.Pihak kerajaan
juga perlulah memperbanyak pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk remaja mengisi
masa lapang mereka dengan berfaedah. Sebagai contohnya, pembinaan gelanggang
badminton dan futsal dapat menjadi tempat kepada remaja untuk bermain permainan
tersebut. Permainan seperti ini dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
sumber:google
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya yang negatif juga ada jalan
penyelesaiannya. Remaja mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan
kerana kajian mendapati bahawa remaja pada masa ini lebih banyak menghabiskan
masa mereka bersama dengan rakan-rakan berbanding dengan keluarga. Remaja perlu
menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang berperangai buruk dan cuba
mempengaruhi mereka melibatkan diri dalam kegiatan sosial ini. Kegagalan remaja
memiliki jati diri boleh membinasakan masa depan remaja lantaran pujukan rakan
yang bermasalah ini.
sumber:google
Selain itu, kaunselor sekolah
perlu lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing pelajar-pelajar yang
terlibat dalam gejala ini. Program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan
bagi membina jati diri dan wawasan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Malahan,
aktiviti lasak yang dapat membina semangat perlu diadakan supaya para pelajar
sentiasa positif, kuat jati diri dan proaktif.Mereka mestilah selalu dibimbing
dan diberikan nasihat agar tekanan yang wujud dalam diri mereka tidak menguasai
diri mereka yang mampu menyebabkan mereka tidak boleh berfikir secara rasional.
sumber:google
No comments:
Post a Comment