Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia ini ibarat sesuci kain putih
yang tiada kotorannya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana
dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan
akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang
mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan
dicemuh oleh masyarakat sekeliling.Mereka akan
menjadi orang yang paling rugi dalam hidup mereka.Jiwa mereka sentiasa
akan berasa kekosongan.Masalah demi masalah terus menyelubungi mereka.Hal ini
pasti akan menyebabkan mereka berasa lebih tertekan dan akhirnya membuatkan
mereka berfikir bahawa mereka tiada guna lagi hidup didunia ini.Disebabkan ini
jugalah kes bunuh diri dalam kalangan remaja sering kita lihat pada masa kini.
sumber:google
Kesan Ke atas Keluarga
Apabila masalah remaja ini terus berlaku,institusi sebuah keluarga itu
pasti akan terjejas. keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan
menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian yang dialami sesuatu
masyarakat. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan
memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian sesuatu institusi kekeluargaan
itu. Akibat daripada wujudnya masalah ini, sesebuah keluarga pasti akan
berlakunya isu penceraian.Hal Ini akan terus memberi impak kepada masa depan
anak-anak mereka.Anak-anak akan hilang
tempat bergantung dan kasih sayang mereka. Kesannya, akan muncul lagi
masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
sumber:google
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Masyarakat di negara ini
pasti akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat
saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini memberi
kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud
seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah
dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh
kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.Negara kita juga
pasti tidak akan dapat hidup aman seperti dahulu kala.Masyarakat akan sentiasa
diselubungi dengan kerisauan akibat daripada kadar jenayah yang terus meningkat
hingga ke hari ini.
sumber:google
Kesan Ke atas Negara
terima kasih atas ilmu yang disampaikan ni.
ReplyDelete