Sunday, 18 August 2019
SUMBER
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Remaja
2. https://www.kosmo.com.my/negara/komentar/akhlak-remaja-cerminan-masyarakat-masa-kini-1.580435
3.http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/01/punca-punca-dan-langkah-langkah.html
4.https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/karangan-punca-gejala-sosial-dalam.html
5.https://www.hmetro.com.my
6.https://guruselamanya.wordpress.com/2010/10/11/punca-punca-gejala-sosial-dalam-kalangan-remaja/
Sunday, 4 August 2019
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu
hati dan berganding bahu untuk mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif
bagi menangani masalah gejala sosial. Punca ini harus ditangani kerana gejala
sosial ini seperti kanser yang boleh memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan
Negara. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan
mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting
bagi mengurangkan berlakunya gejala sosial ini.
sumber:google
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH REMAJA
Merujuk kepada masalah kurangnya kasih
sayang dari ibu bapa, ibu bapa mestilah lebih prihatin terhadap kegiatan masa
lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting supaya anak-anak tidak
terperangkap dalam gejala ini yang dipasang oleh sindiket-sindiket yang
berkepentingan kerana sindiket ini merekrut anak-anak yang datang daripada
keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan gengsterisme. Ibu bapa
haruslah menutup ruang ini serapat-rapatnya agar sindiket tersebut tidak
mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.
sumber:google
Mengenai masalah media massa yang disalahgunakan.Pihak kerajaan haruslah
menyekat semua laman web-laman web yang tidak berfaedah seperti laman web pornografi.Pihak kerajaan
juga perlulah memperbanyak pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk remaja mengisi
masa lapang mereka dengan berfaedah. Sebagai contohnya, pembinaan gelanggang
badminton dan futsal dapat menjadi tempat kepada remaja untuk bermain permainan
tersebut. Permainan seperti ini dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
sumber:google
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya yang negatif juga ada jalan
penyelesaiannya. Remaja mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan
kerana kajian mendapati bahawa remaja pada masa ini lebih banyak menghabiskan
masa mereka bersama dengan rakan-rakan berbanding dengan keluarga. Remaja perlu
menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang berperangai buruk dan cuba
mempengaruhi mereka melibatkan diri dalam kegiatan sosial ini. Kegagalan remaja
memiliki jati diri boleh membinasakan masa depan remaja lantaran pujukan rakan
yang bermasalah ini.
sumber:google
Selain itu, kaunselor sekolah
perlu lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing pelajar-pelajar yang
terlibat dalam gejala ini. Program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan
bagi membina jati diri dan wawasan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Malahan,
aktiviti lasak yang dapat membina semangat perlu diadakan supaya para pelajar
sentiasa positif, kuat jati diri dan proaktif.Mereka mestilah selalu dibimbing
dan diberikan nasihat agar tekanan yang wujud dalam diri mereka tidak menguasai
diri mereka yang mampu menyebabkan mereka tidak boleh berfikir secara rasional.
sumber:google
PUNCA-PUNCA MASALAH REMAJA
Kebiasaannya,antara faktor utama adalah
kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa remaja itu sendiri. Institusi
keluarga juga semakin rapuh pada masa ini disebabkan ibu bapa yang semakin
sibuk mencari kekayaan. Disebabkan kesibukan itu juga menyebabkan ibu bapa
tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai
kerohanian. Ini menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan ilmu
agama yang dapat membentengi mereka daripada pengaruh negatif.
sumber:google
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga adalah faktor utama kerana
remaja lebih merasa selesa apabila berada bersama mereka. Apabila anak-anak
meningkat remaja, hubungan dengan ibu bapa semakain renggang sebaliknya
anak-anak lebih rapat dengan rakan sebayanya. Hubungan yang rapat ini
menyebabkan sesetengah anak mudah meniru perlakuan negatif yang dilakukan oleh
rakannya.Contohnya seperti budaya melepak,menghisap rokok,menghidu
gam,mengambil dadah dan sebagainya.
sumber:google
Selain itu, gejala sosial terus meningkat kerana banyaknya tekanan yang
dihadapi oleh remaja pada masa ini. Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa
yang tinggi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Apabila mereka gagal mencapai tahap yang diharap, mereka sering
dipersalahkan. Remaja terlibat dengan masalah ini pasti akan cuba untuk
melepaskan tekanan tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
berhibur di kelab malam,melepak sehingga ke lewat malam ,hisap rokok dan
sebagainya.Mereka merasakan sangat puas apabila melakukan aktviti-aktiviti
tersebut.Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang membawa diri mereka kepada kehancuran
yang nyata.
sumber:google
Akhir sekali, gejala sosial
meningkat kerana pengaruh media massa itu sendiri. Sejajar dengan konsep
globalisasi, banyak hiburan khususnya dari barat menerjah masuk ke negara kita.
Remaja tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung itu mudah
terpengaruh oleh paparan hiburan di media massa yang menampilkan pergaulan
bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam serta penagihan dadah.Tambahan
pula,ketika zaman remajalah semangat inkuiri dalam diri seseorang itu terus meningkat.Mereka
akan cuba menkaji dengan lebih mendalam jika mereka inginkan sesuatu.Tetapi
malangnya,ramai remaja tersilap dalam penggunaan internet zaman kini dengan
hanya mencari perkara-perkara yang tidak mempunyai faedah langsung dalam diri
mereka.
sumber:google
Subscribe to:
Comments (Atom)