Sunday, 28 July 2019

ISU ISU MASALAH REMAJA MASA KINI


    MASALAH sahsiah atau akhlak sebilangan kalangan remaja kini dilihat semakin kronik. Mereka terjebak dalam masalah disiplin sama ada dalam sekolah mahupun di luar. Di rumah, golo­ngan bermasalah ini turut menyukarkan kehidupan ibu bapa dengan pelbagai bentuk aduan dan laporan buruk sama ada yang disampaikan oleh jiran atau masyarakat sekeliling.Di sekolah,  remaja ini dibelenggu dengan isu ponteng dan melawan cikgu manakala di luar pula bermacam-macam masalah yang mereka mulakan seperti vandalisme, bergaduh dengan rakan sebaya atau menjadi kutu lepak.Antara contoh masalah-masalah yang kita boleh lihat pada masa kini adalah seperti berikut:


1.UMUR 15 TAHUN SUDAH LAYAN GANJA😕

2.KES ROGOL PELAJAR TAHUN 6 DENGAR KANAK-KANAK BERUSIA 4 TAHUN😥

3.KES ZINA BERLELUASA💑
Image result for masalah sosial remaja
4.BAKAR RUMAH,ANAK TIDAK PUAS HATI DENGAN BAPA
Image result for rumah terbakar
5.MEMILIKI DADAH
Image result for dadah
6.REMAJA MELAKUKAN SEKS DI LUAR TABI'I
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/589123/polis-tahan-remaja-disyaki-lakukan-seks-luar-tabii
Image result for masalah zina dalam kalangan remaja

DEFINISI REMAJA

   REMAJA pada umumnya merujuk kepada seseorang individu yang berumur dikalangan 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun.Untuk pengetahuan semua perkataan"REMAJA" berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud menuju ke arah kematangan.Zaman remaja merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et. Al.,2005).Zaman remaja ini dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia marupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat. Zaman remaja dikatakan satu proses untuk mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.