Sunday, 4 August 2019

KESIMPULAN

       
     Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu hati dan berganding bahu untuk mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif bagi menangani masalah gejala sosial. Punca ini harus ditangani kerana gejala sosial ini seperti kanser yang boleh memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan Negara. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala sosial ini.


Image result for negara malaysiasumber:google

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH REMAJA

          Merujuk kepada masalah kurangnya kasih sayang dari ibu bapa, ibu bapa mestilah lebih prihatin terhadap kegiatan masa lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting supaya anak-anak tidak terperangkap dalam gejala ini yang dipasang oleh sindiket-sindiket yang berkepentingan kerana sindiket ini merekrut anak-anak yang datang daripada keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan gengsterisme. Ibu bapa haruslah menutup ruang ini serapat-rapatnya agar sindiket tersebut tidak mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.
Image result for keluarga bahagiasumber:google


            Di samping itu, pengaruh rakan sebaya yang negatif juga ada jalan penyelesaiannya. Remaja mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan kerana kajian mendapati bahawa remaja pada masa ini lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama dengan rakan-rakan berbanding dengan keluarga. Remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang berperangai buruk dan cuba mempengaruhi mereka melibatkan diri dalam kegiatan sosial ini. Kegagalan remaja memiliki jati diri boleh membinasakan masa depan remaja lantaran pujukan rakan yang bermasalah ini.
Image result for sahabat baiksumber:google



               Selain itu, kaunselor sekolah perlu lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dalam gejala ini. Program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan bagi membina jati diri dan wawasan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Malahan, aktiviti lasak yang dapat membina semangat perlu diadakan supaya para pelajar sentiasa positif, kuat jati diri dan proaktif.Mereka mestilah selalu dibimbing dan diberikan nasihat agar tekanan yang wujud dalam diri mereka tidak menguasai diri mereka yang mampu menyebabkan mereka tidak boleh berfikir secara rasional.

Image result for guru menasihati pelajarsumber:google



            Mengenai masalah media massa yang disalahgunakan.Pihak kerajaan haruslah menyekat semua laman web-laman web yang tidak berfaedah  seperti laman web pornografi.Pihak kerajaan juga perlulah memperbanyak pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk remaja mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah. Sebagai contohnya, pembinaan gelanggang badminton dan futsal dapat menjadi tempat kepada remaja untuk bermain permainan tersebut. Permainan seperti ini dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Image result for say no to pornosumber:google

PUNCA-PUNCA MASALAH REMAJA

              
      Kebiasaannya,antara faktor utama adalah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa remaja itu sendiri. Institusi keluarga juga semakin rapuh pada masa ini disebabkan ibu bapa yang semakin sibuk mencari kekayaan. Disebabkan kesibukan itu juga menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. Ini menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan ilmu agama yang dapat membentengi mereka daripada pengaruh negatif.

Image result for sibuk bekerja sumber:google

            Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga adalah faktor utama kerana remaja lebih merasa selesa apabila berada bersama mereka. Apabila anak-anak meningkat remaja, hubungan dengan ibu bapa semakain renggang sebaliknya anak-anak lebih rapat dengan rakan sebayanya. Hubungan yang rapat ini menyebabkan sesetengah anak mudah meniru perlakuan negatif yang dilakukan oleh rakannya.Contohnya seperti budaya melepak,menghisap rokok,menghidu gam,mengambil dadah dan sebagainya.

Image result for pengaruh rakan sebayasumber:google

          Selain itu, gejala sosial terus meningkat kerana banyaknya tekanan yang dihadapi oleh remaja pada masa ini. Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa yang tinggi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila mereka gagal mencapai tahap yang diharap, mereka sering dipersalahkan. Remaja terlibat dengan masalah ini pasti akan cuba untuk melepaskan tekanan tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti berhibur di kelab malam,melepak sehingga ke lewat malam ,hisap rokok dan sebagainya.Mereka merasakan sangat puas apabila melakukan aktviti-aktiviti tersebut.Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang membawa diri mereka kepada kehancuran yang nyata.
Image result for stress
sumber:google

              Akhir sekali, gejala sosial meningkat kerana pengaruh media massa itu sendiri. Sejajar dengan konsep globalisasi, banyak hiburan khususnya dari barat menerjah masuk ke negara kita. Remaja tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung itu mudah terpengaruh oleh paparan hiburan di media massa yang menampilkan pergaulan bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam serta penagihan dadah.Tambahan pula,ketika zaman remajalah semangat inkuiri dalam diri seseorang itu terus meningkat.Mereka akan cuba menkaji dengan lebih mendalam jika mereka inginkan sesuatu.Tetapi malangnya,ramai remaja tersilap dalam penggunaan internet zaman kini dengan hanya mencari perkara-perkara yang tidak mempunyai faedah langsung dalam diri mereka.
Image result for pengaruh media massasumber:google